

PENGENALAN
Program Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.
Prinsip Perkhidmatan PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Falsafah PRS
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
Prinsip PRS
- Amanah dan menyimpan rahsia.
- Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
- Tahu batasan dan keupayaan diri.
- Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
- Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
- Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
Peranan PRS
- Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
- Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
- Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
- Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
- Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
- Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
- Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
- Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh di atasi.
- Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
- Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
- Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
- Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
|