Profil SEMESRA

SEJARAH SEKOLAH

 
SEMESRA dibina pada tahun 1969 di atas tanah seluas 9 hektar pada Lot 3719 Mukim Bagan Datoh. Pengambilan pelajar pertama pada tahun 1970. Nama asal ialah Sekolah Menengah Bagan Datoh sehinggalah pada 15 Mac 1982 apabila dengan rasminya ia dinamakan dengan nama Sekolah Menengah Seri Muara atau singkatan SEMESRA. Pada tahun 1998 Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran ( KKBP ) ditubuhkan dengan 6 orang murid dan mempunyai bangunan sendiri pada tahun 2001. Aliran Mata Pelajaran Vokasional yang mengambil elektif Kimpalan Arka dan Gas dimulakan dengan 1 kelas tingkat 4 pada tahun 2005.

JENIS PENDIDIKAN

 
Pendidikan Normal
Pendidikan Khas
 
ALIRAN DALAM PENDIDIKAN NORMAL
 

  1. Aliran Sains Tulen yang mengambil elektif Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan
  2. Aliran Iktisas yang mengambil elektif Prinsip Akaun,    Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan
  3. Aliran Kemanusiaan yang mengambil elektif Perdagangan, Pendidikan Seni Visual dan Tasawur Islam
  4. Aliran Mata Pelajaran Vokasional yang mengambil elektif Kimpalan Arka dan Gas
  
PENDIDIKAN KHAS


Jenis pendidikan khas di Semesra adalah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran iaitu kecacatan pada kebolehan kognitif, tingkah laku dan perkembangan sosial, penguasaan dan pertuturan bahasa, dan keupayaan membaca.            Kebanyakannya terdiri daripada kategori pelajar yang    mengalami masalah Perkembangan Lewat, Syndrom Down, Autisme dan Hyper Aktif
 
  
BILANGAN GURU
 


Gred Lelaki Perempuan Jumlah
DG 48 1 1 2
DG 44 6 5 11
DG 41 10 7 18
DC 41 1 2 3
DGA 32 4 4 8
DGA 29 2   2
GSTT 1 2 3
JUMLAH 25 23 48























 
 

Masa Itu Emas
 
Informasi Terkini
 
Perhimpunan akhir 09
SMK Seri Muara,Bagan Datoh.
20 November 2009
Mutiara Kata
 
Di mana kita sekarang tidak penting
Tetapi kemana kita selepas ini
Countdown PMR
 
Countdown SPM
 
 
©Hakcipta Terpelihara 2009
Powered By
Brigade ICT
S.M.K Seri Muara
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free