|
|
 |
PIAGAM PELANGGAN SEMESRA
SMK SERI MUARA BAGAN DATOH berusaha gigih untuk mencapai Visi dan Misi sekolah. Kami sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien kami berdasarkan Piagam Pelanggan berikut:
MURID
- Semua pelajar akan dilayan sama rata tanpa mengira status social, ekonomi dan politik keluarga.
- Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas dalam masa 20 minit selepas pendaftaran masuk selesai diuruskan.
- Stiap pelajar akan diberi peluang menikmati kemudahan sekolah semaksimum mungkin bagi memacu prestasi akademik mereka.
- Kebajikan dan keselamatan pelajar dalam kawasan sekolah adalah menjadi prioriti / keutamaan kami.
- Potensi diri setiap pelajar akan cuba dicungkil / digilap bagi mengembangkan bakat semulajadi mereka dalam pelbagai bidang.
IBU BAPA
- Setiap ibu bapa yang datang berurusan akan dilayan sama adil atau tanpa pilih kasih / prejudis
- Sedaya upaya urusan ibu bapa dengan pihak sekolah akan diselesaikan dalam tempoh setengah jam.
- Semua ibu bapa akan dilayan dengan penuh mesra dan senyuman manis sepanjang masa.
- Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan telus dalam menerima pandangan dan teguran yang membina.
GURU DAN STAF SOKONGAN
- Semua urusan berkaitan perkhidmatan guru dan staf dalam bidang kuasa sekolah akan cuba diselesaikan secepat mungkin.
- Kebajikan dan keselamatan guru menjadi keutamaan kami.
- Membuka peluang seluas-luas mungkin untuk setiap guru dan staf memajukan diri dalam profesion masing-masing.
- Menyedia dan mempastikan kemudahan guru untuk P & P sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
- Menyedia dan mempastikan kemudahan yang diminta staf sokongan berada dalam keadaan terbaik.
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Di mana kita sekarang tidak penting
Tetapi kemana kita selepas ini
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|